Falsafah kami
Until mencungkil kepintaran seseorang, anda haruslah simpan satu tempat khas untuk muzik dan seni.
Kami percaya bahawa muzik dan seni adalah untuk semua peringkat umur, dan sangat penting untuk kedua-duanya bermula dengan membangunkan anak-anak muda. Belajar untuk mencipta dan menghayati estetika visual mungkin lebih penting berbanding sebelum ini dalam perkembangan kanak-kanak generasi akan datang ketika mereka membesar.
Pendidikan muzik dan seni meningkatkan kemahiran pemahaman kanak-kanak. Ramai kanak-kanak istimewa telah dikenal-pasti lebih cemerlang dalam muzik walaupun mereka tidak dapat berkomunikasi atau mengambil bahagian dalam aktiviti berstruktur yang teratur. Secara umum, muzik dan seni meningkatkan kehidupan kanak-kanak dan orang dewasa yang ramai
Aktiviti tidak formal dengan muzik sepatutnya bermula seawal mungkin selepas kelahiran, diikuti dengan kelas yang lebih sistematik pada usia tiga tahun, dan pelajaran dengan matlamat pembelajaran instrumen harus bermula pada usia enam tahun. Pengalaman muzik pada umur muda adalah sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Seperti menunggang basikal atau belajar sejenis bahasa, kemahiran ini dapat dipelajari di kemudian hari, tetapi mereka tidak akan menjadi "semula jadi" dengan cara yang begitu penting untuk persembahan muzik yang lancar.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak perlu belajar untuk menyukai muzik dan seni pada usia yang sangat muda sebelum mereka mula menghadiri kelas yang lebih teknikal dalam masa depan. Ini adalah untuk meminimumkan kemungkinan untuk berputus asa separuh jalan semasa proses pembelajaran kelas berasaskan teknikal yang mungkin membosankan dan rutin dari semasa ke semasa. Ia boleh dielakkan dengan mencipta kesabaran, keghairahan dan kegigihan sebaik sahaja mereka dilahirkan. Penghargaan akan muzik dan seni akan meletakkan asas yang bagus di sepanjang perjalanan perkembangan pada masa akan datang.