mainSlider2.gif

PENGENALAN

Romance Music Academy ditubuhkan pada tahun 2006 oleh seorang ahli muzik muda yang berwawasan serta bersemangat tinggi dalam bidang pendidikan muzik. Pada awalnya, akademi ini bermula dengan kelas piano peribadi dan kini berkembang kepada pengajaran piano secara praktikal dan teori untuk peperiksaan bagi semua gred di bawah Associated Board of the Royal Schools of Music, Trinity College London and London College of Music. Selain itu, kami juga terkenal dengan pengajaran piano yang berkualiti tinggi dan juga menawarkan kelas muzik instrumen yang lain seperti, violin, gitar, ukulele, vokal dan keyboard.

Tahun 2017 merupakan tahun yang menarik kerana kami diperkenalkan semula dengan nama Romance Music & Art. Kini, kami bukan sahaja mempunyai kelas piano, tetapi  penambahan kelas instrument lain seperti ukulele, gitar klasik, gitar akustik/ electrik dan vocal. Selain pelajaran muzik yang dijadualkan untuk peperiksaan dibawah Associated Board of Rockshool, kami turut menawarkan sesi latihan tambahan dalam pertandingan seluruh negara dan antarabangsa atau persembahan awam.

Kami juga menawarkan program Musikgarten dari Amerika Syarikat, iaitu penghayatan muzik yang memfocuskan pada pembangunan bakat awal kanak-kanak. Program ini sesuai untuk ibu mengandung, kanak-kanak dan kanak-kanak prasekolah. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Program ini menggalakkan penglibatan kanak-kanak secara aktif dan menyeronokan. Hasilnya, pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan dapat dilakukan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

Kesemua guru kami merupakan pendidik yang berlesen dari Global Art, sebuah institusi seni bereputasi antarabangsa. Terdapat pelbagai jenis program kreatif yang dibangunkan dibawah institusi ini dengan modul yang direka khas dan teliti, untuk memenuhi kehendak pelbagai jenis bakat muda yang berminat dalam seni. Kami menghadkan bilangan pelajar dalam setiap kelas bagi memastikan setiap pelajar dan pengajaran dapat mencapai tahap interaktif yang optimum. Secara umunya, pelajar yang berumur 4 tahun dan ke atas dapat menikmati kelas seni secara sistematik. Kita juga menyediakan program pendek cuti sekolah untuk kelas seni sepanjang tahun.

Kesemua guru kami berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.

‘Untuk meneroka kecerdasan seseorang, seseorang mesti menempah tempat khas untuk Muzik & Seni’


slide1-animation.gif

Kelas bergred untuk Piano / Violin / Cello / Guitar / Ukulele / Vocal/ Pelajar keperluan khas

Kelas untuk pelajar-pelajar Gred-1 ke Gred-8 yang berminat untuk menduduki peperiksaan muzik. Kedua-dua peperiksaan praktikal dan teori akan diajar oleh guru-guru kami yang berpengalaman serta berkelayakan tinggi. Pelajaran teori dan praktikal boleh diambil secara serentak atau berasingan mengikuti keperluan pelajar. Kelas-kelas merangkumi setiap kemahiran yang diperlukan oleh pemeriksa, termasuk persembahan, teknik, notasi, pendengaran, persepsi muzik, kreativiti serta inovasi. Kelas adalah sesuai bagi semua pelajar daripada setiap golongan umur.

 

Kami juga menyediakan servis pendaftaran peperiksaan dengan perbadanan peperiksaan yang berikut:

  • Associate Board of Royal Schools of Music (ABRSM)

  • Trinity College of Music (TRINITY)

  • London College of Music (LCM)

  • Rockschool

*Semua peperiksaan gred muzik dan diploma boleh diambil kira ke dalam mata tarif UCAS untuk permohonan melanjutkan pengajian ke universiti di UK.

 


diploma_level.png

Kursus Peringkat Diploma

Terdapat badan peperiksaan luar negara juga menawarkan program lanjutan yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk mencapai kelayakan yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan muzik.

Ditawarkan oleh Trinity College of Music London, Music Performance Diploma:

Associate of Trinity College London (ATCL)

Licentiate of Trinity College London (LTCL)

Ditawarkan oleh London College of Music :

Diploma of the London College of Music (DipLCM)

(QCF Level 4, equivalent to 1st year university undergraduate module)

Associate of the London College of Music (ALCM)

(QCF Level 5, equivalent to 2nd year university undergraduate module)

Licentiate of the London College of Music (LLCM)

(QCF Level 6, equivalent to final year university undergraduate module)

Ditawarkan oleh Royal School of Music :

Associate of the Royal Schools of Music (ARSM)

piano-animation.gif

Kursus Piano Untuk Dewasa

Terdapat 3 tahap kursus ditawarkan, dengan kelas-kelas merangkumi pelajaran pemahaman, teknik, latihan penguatan jari, kord dan gaya bermain, dan lagu-lagu termasuk pilihan folk, klasikal dan kontemporari. Selepas tamat kursus, pelajar berkenaan akan dapat bermain beberapa muzik yang paling popular dan mempunyai pemahaman yang baik tentang konsep dan gaya muzik yang asas.


final-animation.gif

Bermain Secara Rekreasi

Tiada keperluan asas diperlukan. Belajar untuk bermain sejenis alat muzik kegemaran anda.


Apabila kanak-kanak diberi satu peluang…

Mereka dijemput untuk bermain alat musik melalui stesen radio.

Dia berjaya memenangi anugerah di perayaan musik.


Kami menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk mempersembahkan di atas pentas atau pertandingan. Dengan demikian, pelajar-pelajar akan mendapat lebih banyak pengalaman, pengetahuan dan peluang dalam bidang muzik.

Persembahan pentas atau pertandingan muzik adalah untuk mendapatkan lebih keyakinan, harga diri dan pengetahuan untuk diri sendiri. Pelajar-pelajar juga mempunyai peluang untuk pembelajaran kemahiran baru.