MusikGarten
Apabila muzik dan pergerakan adalah sebahagian yang semulajadi bagi kanak-kanak sejak kecil lagi, ia banyak memberikan manfaat dalam pelbagai bidang kehidupan. Perkembangan berbahasa, ekspresi diri, kemahiran memori, tumpuan, interaksi sosial, keterampilan motorik halus, pendengaran, penyelesaian masalah, semangat berpasukan, penetapan matlamat dan koordinasi adalah semuanya dipengaruhi oleh pendidikan muzik dan pergerakan awal. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak yang belajar muzik, turut memberi impak positif ke aspek-aspek pembangunan mereka yang lain seperti kreativiti, ikatan kekeluargaan, harga diri, keyakinan, perkembangan emosi.
Falsafah Musikgarten dipenuhi dengan pemahaman ini. Pergerakan dan aktiviti-aktiviti muzik dapat menyempurnakan perkembangan kanak-kanak. Muzik meningkatkan tahap kanak-kanak dalam bahasa, membangkitkan pergerakan, merangsang otak dan memupuk koordinasi fizikal — semua dalam suatu kumpulan yang membina komuniti — satu pengalaman yang benar-benar holistik.
Muzik keluarga untuk bayi (Prenatal ke 16 bulan)
(30 minit setiap minggu pembelajaran bersama ibu bapa)
Direka untuk kehadiran ibu bapa bersama dengan bayi-bayi mereka, kelas mingguan membantu anda belajar untuk bermain dengan bayi anda secara bermuzikal. Setiap kelas mempunyai ciri-ciri yang melantun dan lagu-lagu menarik, permainan bergoyang-goyang dan peek-a-boo, serta aktiviti yang menyeronokkan kedua-dua ibu bapa dan anak. Apabila anda pulang ke rumah, anda boleh teruskan pengajaran dalam kelas dengan CD hebat yang direkodkan oleh koir kanak-kanak dan instrumentalis yang cemerlang. Dengan menggunakan buku panduan ibu bapa anda bersama-sama dengan irama kayu, rattle Musikgarten dan selendang yang berwarna-warni akan memberi kedua-dua anda waktu yang seronok.
Persembahan musical Musikgarten untuk bayi:
- Meningkatkan rasa ingin tahu bayi anda tentang muzik
- Membangunkan kemahiran mendengar dan rasa rentak
- Menubuhkan asas untuk nyanyian dan pemikiran muzikal
- Membantu anda menjalin ikatan rapat dengan bayi anda
- Memberikan anda dan bayi anda peluang untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan bayi yang lain.
Keluarga muzik untuk kanak-kanak (16 bulan ke 4 tahun)
(30 minit pembelajaran mingguan dengan ibu/bapa)
Kelas mingguan ini yang penuh dinamik untuk kanak-kanak - bertenaga, sering bergerak, sentiasa meneroka dan belajar - bersama ibu bapa mereka. Bersama-sama kanak-kanak anda dengan anda akan menyanyi, bergerak, menari, mendengar dan bermain alat muzik yang mudah, semua aktiviti yang merapatkan hubungan semula jadi antara muzik dan pergerakan melalui empat semester yang penuh fantasi.
Setiap kelas mempunyai ciri-ciri aktiviti pergerakan penyelarasan, kesedaran tubuh dan pengawalan, penerokaan ruang, dan instrumen seperti irama kayu, jingle, rattle, gendang dan bar resonator.
Di samping itu, anda akan menerima sekeping CD yang menarik, sebuah buku aktiviti ibu bapa dan instrumen atau selendang untuk digunakan di rumah untuk masa yang lebih menyeronokkan bersama-sama.
Cycles of Seasons (bagi kanak-kanak 4 - 5½ tahun)
(45 minit kelas mingguan dengan masa perkongsian ibu bapa)
Meraikan anak anda yang semakin berdikari dan suka aktiviti di luar yang melibatkan empat musim dalam Cycle of Seasons. Ia dibina untuk meningkatkan tumpuan dan ekspresi diri, aktiviti-aktiviti termasuk bernyanyi, bergerak, penumpuan mendengar, permainan muzikal, meneroka alat muzik, pergerakan kreatif dan bercerita. Cycle of Seasons memupuk keupayaan anak anda untuk menggunakan bahasa dan mengambil bahagian dalam drama muzikal.
Pakej keluarga yang menyeronokkan termasuk CD muzik yang menarik untuk kegunaan di rumah untuk meningkatkan penglibatan keluarga dalam proses pembelajaran.
Pengenalan kepada Keyboard (umur 5½ – 6 tahun)
(50 minit kelas mingguan dengan masa perkongsian ibu bapa)
Ibu bapa dan anak-anak mendapat pengalaman tersendiri bermain-main di kelas ini secara “playing-by-ear”. Lagu yang disukai, dinyanyikan dan dialami dalam kelas sebelumnya diterjemah dan dimainkan pada keyboard. Aktiviti muzik, pergerakan dan bermain alat muzik perkusi yang seronok masih diutamakan dalam kursus ini. Kursus ini memperkenalkan corak muzik bertulis bermula dari corak irama dan corak tonal yang dinyanyi oleh kanak-kanak sejak masa bayi.
Music Makers (umur 6 – 8 tahun)
(60 minit kelas mingguan dengan masa perkongsian ibu bapa)
Program pembelajaran tiga tahun untuk kanak-kanak mengalami aktiviti yang membawa kepada 'Literasi Muzik' dan kesediaan untuk pembelajaran instrumental individu. 'Literasi Muzik' bermaksud keupayaan untuk bermain secara “play-by-ear” serta membaca nota. Program ini juga termasuk menyanyi untuk memupuk perkembangan aural kanak-kanak, kreatif serta pergerakan berstruktur, bermain instrumen dan kerja ensemble, latihan telinga dan pendengaran berpandu. Pendekatan pembangunan bunyi ini membina pemikiran simbolik, tumpuan, ingatan, dan ekspresi diri. Kanak-kanak juga bermula dengan corak muzik bertulis.
Music Makers membina asas untuk kejayaan keyboard.
Tahun 2 dan 3 memperkenalkan repertoir piano yang dicintai, mengembangkan dan meningkatkan pemuzik komprehensif keyboard, menapis kawalan badan dan penalaan telinga, meningkatkan keupayaan untuk membaca dan bermain dengan kelancaran, selanjutnya mencabar kanak-kanak untuk memperoleh dan menguasai kemahiran teknikal yang lebih canggih dan terus membina asas untuk bermain instrumen sepanjang umur.
Manfaat pembelajaran keyboard dalam kumpulan:
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran kanak-kanak
- Mengatasi rasa gementar mempersembahkan di hadapan orang lain
- Menindak balas secara spontan
- Memberi inspirasi motivasi dengan belajar dari satu sama lain
- Membarakan semangat berpasukan dan kerjasama
- Menguatkan disiplin dan kesabaran
- Menggalakkan kreativiti dan inovasi
- Membina minat terhadap muzik dan dalam amalan
- Meningkatkan koordinasi tangan dalam mengendalikan alat muzik
- Peluang untuk meneroka dan mencuba pelbagai jenis alat muzik
Membuat muzik juga dapat menimbulkan aspirasi dan pencapaian anak-anak muda di sekolah, memberikan kemahiran peribadi dan komunikasi yang lebih luas dalam kehidupan sebenar, dan juga kemahiran pembelajaran berterusan.